Monday, June 18, 2012

Rebranding : FSYN by NK


Hello dear shoppers...


Di sini saya, Nisa Kay selaku pemilik sah Mini Shopaholics ingin mengumumkan bahawa pada masa akan datang, nama online shop saya akan bertukar kepada jenama baru iaitu FSYN (sebut "fesyen"). URL blog informasi bagi online saya ini juga bertukar kepada fsyn.my dan nama online ini akan saya namakan sebagai FSYN by NK


Sesungguhnya bidang perniagaan online adalah bidang yang menarik, mencabar tetapi menyeronokkan. Setelah beberapa bulan mencuba di dalam bidang ini, saya pasti yang saya ingin mengorak langkah baru dalam arena perniagaan online. Dengan ini saya ingin memulakan dengan menjual custom made shawl yang eksklusif untuk peminat selendang sekalian.


Untuk mengeluarkan baju-baju design sendiri adalah masih jauh, namun ada di dalam perangkaan rancangan masa hadapan. Jadi buat masa ini FSYN by NK akan mengeluarkan custom made shawl, made with love untuk semua pelanggan FSYN. Buat sementara waktu, custom made shawl edisi pengenalan akan di label mengguna label buatan sendiri, dan pada waktu hadapan FSYN bercadangan untuk mendapatkan label yang lebih baik untuk custom made shawl ini..


Jadi, sebarkanlah kepada rakan-rakan anda, saudara mara dan orang ramai mengenai pengumuman ini. Dengan izin Allah, semoga perancangan masa hadapan FSYN untuk menghasilkan lebih banyak custom made shawl berkualiti untuk anda tercapai. Amin...



.

0 comments:

Nuff

 
FSYN by NK Copyright © 2012 Design by Meuzangelo